Sunday, February 1, 2009

Hari Keluarga & Treasure HuntLorong 3/15

1. Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Pada 31/1/09 - 1/2/09, seramai 12 keluarga mewakili 67 orang ahli keluarga telah berkonvoi beramai-rami ke Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang, Sepang untuk menyertai Hari Keluarga & Treasure Hunt Lorong 3/15 yang kali pertama diadakan.

2. Pada malam 30/1/09, telah diadakan taklimat kepada para peserta tentang cara-cara menjawab soalan Treasure Hunt kerana rata-rata para peserta menyertai acara Treasure Hunt untuk kali pertama .


3. Pada 31/1/09 pukul 10pagi kesemua peserta telah melapurkan diri. Sticker kereta diserahkan kepada peserta yang telah membariskan kereta sepanjang lorong 3/15. Pembacaan doa selamat dilakukan oleh Ustaz Sofian disusuli dengan edaran soalan Treasure Hunt bertemakan "Bantuan ke Gaza".Para peserta di beri misi seolah-olah mengedarkan bantuan kewangan dan peralatan untuk mangsa keganasan Yahudi kepada wakil Gaza yang menunggu di Bagan Lalang.

4. Para peserta bertolak menuju ke Bagan Lalang mengikut Nilai-Sepang-Sg. Pelek. Mereka diwajibkan menghantar soalan ke pit stop di antara pukul 2-3 ptg. Para peserta telah berjaya menjawab soalan dengan pantas dan menunggu dengan penuh bersemangat untuk menghantar jawapan di meja pit stop tepat jam 2.00 ptg. Azizul menjadi peserta pertama berbuat demikian. Pemenang bukan ditentukan oleh siapa yang hantar jawapan dulu tetapi siapa yang dapat menjawab soalan dengan betul.


5. Pada malam 31/1/09, jawapan soalan-soalan Treasure Hunt telah diberikan semasa makan malam. Pelbagai jawapan-jawapan menarik telah dibacakan oleh Taufiq selaku penganjur Treasure Hunt yang tersasar dari jawapan sebenar yang kemudiannya disambut dengan gelak ketawa para peserta. Keputusan Treasure Hunt begitu sengit dimana kedudukan 2-4 mendapat markah seri (75 mata) dan hanya dapat ditentukan dengan kiraan masa siapa yang hantar jawapan dulu (pun hanya dipisahkan dengan beberapa saat sahaja). Akhirnya Treasure Hunt dimenangi oleh kumpulan 3 in 1 (Kak Zaidah dan Abang Arifin) dengan 80 mata. Tempat kedua Azizul (75 mata) dan ketiga Zamari (75 mata)

6. Pagi Ahad 1/2/09. Program dimulakan dengan solat Subuh dan Tazkirah yang dipimpin oleh Ustaz Sofian. Dalam tazkirah ringkas, beliau telah menekankan kepentingan doa yang menjadi senjata utama orang Islam dan mengutamakan kebajikan jiran. Selepas sarapan pagi, para peserta telah berkumpul di padang untuk menyertai acara sukaneka. Pelbagai acara khusus untuk kanak-kanak (4 acara) dan dewasa (7 acara) telah diaturkan seperti permainan bawa bola ping-pong dalam sudu bagi kanak-kanak dan lumba tarik kelapa bagi dewasa. Tepat pukul 12 tengahari, acara diakhiri dengan penyampaian hadiah cenderahati kepada semua kanak-kanak yang hadir dan 3 kumpulan sukaneka dewasa.
7. Pada jam 12.30 -1.30p.m, hidangan tengahari disediakan. 1.30 tengahari check out bagi semua peserta. Secara keseluruhannya antara komen-komen peserta adalah seperti berikut:
"Sebagai orang 'baru' (walaupun dah agak lama) saya merasa amat bertuah> kerana dapat bersama dalam aktiviti treasue hunt yang julung > kali diadakan. - Mazalan Kamis (45)
"Treasure hunt telah selesai
Bagang Lalang Tempat Destinasi
Penglibatann semua warga L15 amat dihargai
Bila pulak ..Next Destinasi "
Zuki (8)
"Semua orang enjoy dan dapat merasakan keseronokan treasure hunt. Selama 1 hari penuh kita bersama, aktiviti tersebut mampu untuk mengeratkan lagi persahabatan. Lebih mengenali antara satu sama lain. Semoga aktiviti sebegitu dapat diadakan lagi pada masa akan datang dan lebih ramai lagi penyertaan." Azizul

No comments:

Post a Comment