Monday, February 9, 2009

Kawalan Keselamatan - Ya atau Tidak?

Assalamualaikum semua warga lorong 3/15,

Malam tadi telah diadakan meeting susulan berkenaan Proposal kawalan keselamatan oleh Persatuan Penduduk Bangi Perdana dipengerusikan Saudara Adenan Sayan. Ketua-ketua lorong dari Jalan 3/14 sehingga 3/21 telah hadir. Lorong 3/19 tak hadir.

Kami bersepakat untuk membawa resolusi meeting kepada warga lorong masing-masing untuk membuat keputusan, samada ingin menyertai Kawalan Keselamatan Anjuran Persatuan Penduduk atau tidak.


Perkara berkaitan proposal adalah:
1) Jangkaan tarikh perlaksanaan 1 March 2009.

2) 2 pengawal akan berkawal malam dan 2 pengawal lagi akan berkawal siang.

24 jam kawalan sehari selama 30.5 hari. Pemambahan pengawal akan dilakukan jikalau penyertaan penduduk mencapai lebih 80%.

3) Kedua-dua palang dilorong 12 dan 17 akan mengikut jadual sperti dibawah;-
a- 12.00 mlm - 6.00 pagi - Palang diturunkan
b- 6.00 pagi - 9.00 pagi - Palang dinaikkan
c- 9.00 pagi - 12.00 tgh - Palang diturunkan
d- 12.00 tgh - 12.00 mlm - Palang dinaikkan

4) Setiap rumah akan diberi 2 sticker untuk ditampal di kenderaan. RM2.00 sekeping dikenakan untuk extra kenderaan.

5) Beberapa butiran akan diambil jika kenderaan tidak bersticker spt. no rumah dan no kenderaan.

6) Bayaran RM25 untuk setiap rumah sebulan untuk kawalan 24 jam. Anggaran 80% dari rumah di Bangi Perdana akan turut serta dgn kawalan keselamatan ini. Penyewa dan student turut tiada pengecualian.

7) Bayaran adalah ikut rumah. Tiada bayaran ikut lorong seperti sebelum ini (RM600/bulan).

8) Cara bayaran, setiap rumah akan diberikan kepada ketua lorong dan akan terus kpd bendahari Persatuan.

9) Lorong 3/15 perlu membuat pilihan Sila nyatakan pendirian anda, TURUT atau TIDAK. SMS 3 perkara kepada saya: Nama/No rumah/Pendirian anda ?

10) Keputusan bancian setiap lorong akan dilaporkan sebelum 15hb Feb 2009. Hanya keputusan TURUT serta akan dikira.

11) Tok Ketua, harap dapat sampaikan kepada semua warga lorong 3/15 tanpa kecuali.
"Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat"


Harap Maklum.
Hamdan Samad
019-3103271

Sunday, February 1, 2009

Hari Keluarga & Treasure HuntLorong 3/15

1. Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Pada 31/1/09 - 1/2/09, seramai 12 keluarga mewakili 67 orang ahli keluarga telah berkonvoi beramai-rami ke Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang, Sepang untuk menyertai Hari Keluarga & Treasure Hunt Lorong 3/15 yang kali pertama diadakan.

2. Pada malam 30/1/09, telah diadakan taklimat kepada para peserta tentang cara-cara menjawab soalan Treasure Hunt kerana rata-rata para peserta menyertai acara Treasure Hunt untuk kali pertama .


3. Pada 31/1/09 pukul 10pagi kesemua peserta telah melapurkan diri. Sticker kereta diserahkan kepada peserta yang telah membariskan kereta sepanjang lorong 3/15. Pembacaan doa selamat dilakukan oleh Ustaz Sofian disusuli dengan edaran soalan Treasure Hunt bertemakan "Bantuan ke Gaza".Para peserta di beri misi seolah-olah mengedarkan bantuan kewangan dan peralatan untuk mangsa keganasan Yahudi kepada wakil Gaza yang menunggu di Bagan Lalang.

4. Para peserta bertolak menuju ke Bagan Lalang mengikut Nilai-Sepang-Sg. Pelek. Mereka diwajibkan menghantar soalan ke pit stop di antara pukul 2-3 ptg. Para peserta telah berjaya menjawab soalan dengan pantas dan menunggu dengan penuh bersemangat untuk menghantar jawapan di meja pit stop tepat jam 2.00 ptg. Azizul menjadi peserta pertama berbuat demikian. Pemenang bukan ditentukan oleh siapa yang hantar jawapan dulu tetapi siapa yang dapat menjawab soalan dengan betul.


5. Pada malam 31/1/09, jawapan soalan-soalan Treasure Hunt telah diberikan semasa makan malam. Pelbagai jawapan-jawapan menarik telah dibacakan oleh Taufiq selaku penganjur Treasure Hunt yang tersasar dari jawapan sebenar yang kemudiannya disambut dengan gelak ketawa para peserta. Keputusan Treasure Hunt begitu sengit dimana kedudukan 2-4 mendapat markah seri (75 mata) dan hanya dapat ditentukan dengan kiraan masa siapa yang hantar jawapan dulu (pun hanya dipisahkan dengan beberapa saat sahaja). Akhirnya Treasure Hunt dimenangi oleh kumpulan 3 in 1 (Kak Zaidah dan Abang Arifin) dengan 80 mata. Tempat kedua Azizul (75 mata) dan ketiga Zamari (75 mata)

6. Pagi Ahad 1/2/09. Program dimulakan dengan solat Subuh dan Tazkirah yang dipimpin oleh Ustaz Sofian. Dalam tazkirah ringkas, beliau telah menekankan kepentingan doa yang menjadi senjata utama orang Islam dan mengutamakan kebajikan jiran. Selepas sarapan pagi, para peserta telah berkumpul di padang untuk menyertai acara sukaneka. Pelbagai acara khusus untuk kanak-kanak (4 acara) dan dewasa (7 acara) telah diaturkan seperti permainan bawa bola ping-pong dalam sudu bagi kanak-kanak dan lumba tarik kelapa bagi dewasa. Tepat pukul 12 tengahari, acara diakhiri dengan penyampaian hadiah cenderahati kepada semua kanak-kanak yang hadir dan 3 kumpulan sukaneka dewasa.
7. Pada jam 12.30 -1.30p.m, hidangan tengahari disediakan. 1.30 tengahari check out bagi semua peserta. Secara keseluruhannya antara komen-komen peserta adalah seperti berikut:
"Sebagai orang 'baru' (walaupun dah agak lama) saya merasa amat bertuah> kerana dapat bersama dalam aktiviti treasue hunt yang julung > kali diadakan. - Mazalan Kamis (45)
"Treasure hunt telah selesai
Bagang Lalang Tempat Destinasi
Penglibatann semua warga L15 amat dihargai
Bila pulak ..Next Destinasi "
Zuki (8)
"Semua orang enjoy dan dapat merasakan keseronokan treasure hunt. Selama 1 hari penuh kita bersama, aktiviti tersebut mampu untuk mengeratkan lagi persahabatan. Lebih mengenali antara satu sama lain. Semoga aktiviti sebegitu dapat diadakan lagi pada masa akan datang dan lebih ramai lagi penyertaan." Azizul

Monday, January 12, 2009

Mesyuarat Lorong 3/15 - Januari 2009

1. Semalam telah diadakan mesyuarat lorong yang pertama untuk tahun 2009/1430 ini.


2. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

  • Perlantikan AJK Lorong 3/15 yang baru
  • Perbincangan aktiviti lorong - Kawalan Keselamatan, Hari keluarga & Treasure Hunt 3/15
  • Perkara-perkara berbangkit
3. Sebelum mesyuarat perlantikan AJK Baru, Tok Ketua, En. Hamdan (29) telah mengucapkan berbanyak terimakasih kepada semua warga lorong atas kerjasama yang diberikan. Beliau ingin meminta maaf jika semasa memegang amanah sebagai Tok Ketua, beliau tidak dapat menjalankan tugas beliau dengan baik.


4. AJK Baru 2009

Mesyuarat perlantikan AJK Baru 2009 kemudian diserahkan kepada En. Jamaludin(10) untuk mempengerusikan majlis. Perlantikan jawatan di buka dengan En. Taufiq(34) mencadangkan En. Jamaludin sebagai Tok Ketua baru. Cadangan di sokong oleh En. Husin(41). Tiada calon lain dicadangkan. En. Jamaludin telah menyatakan bahawa beliau bersetuju menerima jawatan Tok Ketua tetapi semua urusan melibatkan perbincangan dengan Persatuan Penduduk Bangi Perdana akan di wakili oleh Penolong Tok Ketua. Warga lorong 3/15 yang hadir bersetuju. En. Azizul (23) mencadangkan En. Kamal (31) sebagai calun Penolong Tok Ketua. Cadangan di sokong oleh En. Zuki (8). Tiada calun lain di cadangkan.

5. Dua jawatan lain yang dicadangkan ialah Bendahari yang di pegang oleh En. Zulkifli (32) dan Setiausaha En. Taufiq (34). En Zulkifli akan membuka akaun khas bagi kegunaan warga lorong untuk kutipan seperti kawalan keselamatan, tahlil dan lain-lain aktiviti. Nombor akaun ini akan diberitahu kemudian untuk memudahkan warga lorong membayar terus secara perbankan Internet.

6. AJK lain yang dipilih ialah AJK Sukan En. Zuki ( dan AJK Keselamatan En. Hamdan(29)

7. Hari Keluarga & Treasure Hunt

Seterusnya En. Taufiq memberi maklumat tentang aktiviti pertama tahun ini iaitu Hari Keluarga dan Treasure Hunt 3/15 yang dicadangkan pada 31/1/09-1/2/09 di Hotel Seri Malaysia bagan Lalang Sepang. Setakat ini penyertaan adalah dari 12 keluarga dengan 15 bilik telah ditempah. Satu taklimat khas akan diadakan pada 30/1/09 bagi semua yang terlibat. Satu mesyuarat khas untuk aktiviti ini akan diadakan oleh AJK pada tarikh yang akan diberitahu kemudian. En. Taufiq telah meminta semua yang terlibat menghantar borang dan membuat pembayaran untuk memudahkan urusan tempahan bilik dan logistik yang lain.

8. Kawalan Keselamatan

Untuk kawalan keselamatan, kebanyakan ahli berpendapat mutu kawalan keselamatan kini agak menurun. Namun begitu warga lorong masih merasakan keperluan di adakan kawalan keselamatan. En. Hamdan akan menulis surat terus kepada syarikat kawalan keselamtan untuk menyatakan ketidak puas hati warga lorong 3/15 . Sementara itu En. Jamaludin akan membuat survey kepada semua warga lorong untuk mendapat maklumbalas samada mereka bersetuju untuk meneruskan perkhidmatan kawalan keselamatan atau tidak. Dari maklumbalas tersebut, langkah seterusnya akan dirangka semula.

9. Khairat Kematian

Bagi khairat kematian. En. Kamal telah memberitahu bahawa pembaharuan ahli perlu dilakukan pada tiap-tiap tahun. Ahli hanya perlu membayar RM30/tahun dan bagi ahli yang baru perlu membayar RM50/thn. Badan Khairat Kematian Bangi Perdana akan memaklumkan kemudian bila tempoh tamat keahlian dan kutipan akan dijalankan.

10. Parking Kereta

En. Roslan(40) telah memberitahu bahawa terdapat rungutan dari kenderaan seperti lori sampah dan bas sekolah yang menghadapi kesulitan melalui lorong 3/15 kerana keadaan kereta yang diparkir secara tidak teratur. Di cadangkan kepada semua warga lorong agar meletakkan kenderaan masing-masing secara teratur selari dengan jalan.

11. Tiada lagi perkara berbangkit maka mesyuarat ditangguhkan kepada tarikh yang akan diberitahu kemudian.

Setiausaha Lorong